Open Tuition Bahasa Inggeris
11 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2026 (Selasa) telah diadakan Open Tuition Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1 secara atas talian. Program Open Tuition ini telah disertai oleh 2 orang pelajar tingkatan 1. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Open Tuition ini bermula pada pukul 3:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Antara pengisian Open Tuition Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1 pada kali ini adalah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran penulisan kreatif mereka supaya dapat menulis respons e-mel yang berkesan berdasarkan situasi sebenar atau situasi rekaan, dengan penggunaan bahasa yang sesuai dan perincian yang tepat. Modul pembelajaran turut disediakan kepada pelajar yang mengikuti Open Tuition Bahasa Inggeris ini.
Diharapkan program seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris pada peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: